Culture

Jom Ikut Sam Jalan-jalan Cari Nasi Dagang di Kuala Terengganu.


Kelazatan Nasi Dagang Asli Terengganu memang tersohor hingga ke merata dunia.

Musim cuti sekolah masih ada lagi dan apa kata kalau mari jalan-jalan.. cari "makang"..ke Kuala Terengganu.

Sam nak ceritakan tentang perihal nasi dagang ori Terengganu yang lemak lagi lazat pulak tu.. Umph…sedapnya.. Nasi dagang adalah hidangan istimewa di negeri Terengganu “kiter”.



Ia diperbuat daripada campuran beras pulut dan di masak bersama-sama santan. Lauknya pula mesti ada gulai istimewa "ayer" atau ikan tongkol yang di masak dengan rempah khas. Ia tak sama macam kari biasa tau. Acar timun semestinya menjadi pelengkap nasi dagang. Wow! Sedapnya.

Menurut ceritanya, nama nasi dagang ni diberikan kerana ia hanya dihidangkan dengan satu lauk sahaja, simple sebab orang nak berdagang...maklumlah...tambah sedap kalau nasi dagang tu dimasak oleh anak dara Terengganu yang comel lotey tu..lagi terangkatlah...Sam kabo jer...

Nak cuba resepi Nasi Dagang Asli Terengganu? 

Ini resepi yang diberikan oleh seorang kenalan Sam yang begini lah lebih kurang resepinya.

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
Garam sedikit rasa

Kelapa hendaklah di perah dan diasingkan santan pekat dan santan cair Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat

Cara penyediaan

Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan. Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas.

Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati. Nasi tidak perlu dikukus lagi

Gulai Nasi Dagang Asli 

Bahan-bahan
1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu besar Gula merah,
10 lada besar (hijau+merah),
 segengam cili api,
15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
Minyak masak secukupnya

Bahan A
(Rendam dan blend)
=> 3 sudu besar Ketumbar
=> 3 sudu besar Jintan Manis
=> 5 biji Buah keras
=> 1 sudu besar Lada hitam

Bahan B 
( Hiris halus + Blend)
=> 2 inci Halia
=> 2 inci Lengkuas
=> 1 mangkuk Bwg merah
=> 2 labu Bwg putih
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil)

Bahan C 
(rendam dgn air panas + blend)
1 mangkuk cili kering

Cara penyediaan
Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali).

Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering. Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi. Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato.

Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air. Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.

Sekiranya anda perlukan kereta sewa atau van semasa nak jalan-jalan cari nasi Dagang, anda boleh hubungi

Sam Sewa Kereta dan Van Terengganu 

Lot 114 Kg Gong Tok Nasek 21100 Kuala Terengganu.
Call@Whatsapps Sam 01114955455...
FB  Sam Sewa Kereta dan Van Terengganu

No comments

Leave a Reply