Culture

Nissan NV350 Urvan Selamat dan Jimat. Menepati Keperluan anda.



Kami di Sam Sewa Kereta & Van Terengganu amat perihatin dan peka terhadap keperluan sewaan pelanggan kami.Kami tahu apa yang mereka mahu kerana itulah kami sediakan Van Nissan NV350 Urvan (High Roof) yang popular kini dan telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan baharu.

Ciri-ciri yang telah dipertingkatkan itu termasuklah Pelaras Manual Lampu Utama dan Lampu Kabus Belakang (ECE R48: Pemasangan Lampu) yang menambah baik tahap pandangan apabila memandu pada waktu malam. Sementara Pengehad Kelajuan (ECE R89: Peranti Pengehad Kelajuan) dipasang untuk memastikan had kelajuan iaitu 100km/j untuk kenderaan penumpang >12 tempat duduk di Malaysia dipatuhi. Turut ditambah baik ialah Penutup Tangki dengan Kunci (ECE R34: Menghalang Risiko Kebakaran).

Ia turut menampilkan ABS dan Bantuan Brek, Lampu Berhenti yang dipasangkan pada posisi lebih tinggi dan Kunci Keselamatan Kanak-kanak menjadi peralatan keselamatan standard. Sementara Zon Binaan Badan NISSAN (Zone Body Construction) memaksimumkan perlindungan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

Prestasi Nissan NV350 Urvan yang berkuasa dan menjimatkan itu datang daripada enjin pengecas turbo 2.5L YD25DDTi dengan teknologi diesel bersih dan dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan untuk mencapai penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu 11.2km/L berdasarkan kepada kitaran ujian JC08 Jepun.

Nissan NV350 Urvan menjadi model pengangkut penumpang yang sangat popular kerana kemampuannya membawa sehingga 14 orang, selain sifatnya yang tahan lasak dan boleh dipercayai. Ia telah menyokong pelbagai jenis perniagaan. Dengan ciri-ciri keselamatan baru pada NISSAN NV350 Urvan boleh meningkatkan kejayaan perniagaan pelanggan kerana dapat membawa lebih ramai penumpang dan tempoh ‘down-time’ yang minimum.





Sam Sewa Kereta dan Van Terengganu
Lot 114 Kg Gong Tok Nasek
21100 Kuala Terengganu.
Call@Whatsapps Sam 01114955455
FACEBOOK

SUMBER

No comments

Leave a Reply